29.10.08

Bincang tentang majalah/zine

Saifun ada kirim SMS kira-kira sebulan lalu yang mencadangkan kita menerbitkan majalah Mastera 2008. Saya kira ada dua cabaran yang perlu kita fikirkan bersama, iaitu isinya dan juga kos (ongkos)nya.

Saya kirim kita boleh terbitkan dalam bentuk zine. Satu caranya ialah dengan setiap peserta menyumbangkan karya pada sehelai kertas A4 yang dijadikan empat halaman dan mengirimkannya kepada salah seorang daripada kita yang diangkat sebagai editor. Editor itu kemudian menyatukan semua sumbangan berkenaan sebagai satu majalah atau zine. Kemudian, editor itu mengirimkan zine berkenaan kepada semua peserta yang menyumbang.

Kedua, kita satukan dalam bentuk modal. Masing-masing kirimkan karya kepada redaksi dan merekalah yang perlu menyiapkannya dan mengirimkannya kembali.

Saya buka perbincangan.

2 pesan:

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Cadangannya bagus banget sih! Namun harus difikir, golongan sasarannya atau pembacanya. Apakah mahu dijual atau untuk baca sendiri. Kalau baca sendiri, memadai blog ini sahaja dimaksimumkan.

Azman
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com

azlishukri berkata...

betul tu..